Saturday 20 December 2014

SUMBER IDEA

SUMBER IDEA (CANTING)

Canting berasal dari bahasa Jawa yang bererti alat untuk melukis batik tulis. Canting terdiri daripada tiga bahagian iaitu, cucuk, nyamplung dan pemegang. Cucuk atau carat berfungsi seperti mata pen, tempat keluarnya cairan lilin. Nyamplung fungsinya sebagai tempat untuk memasukkan lilin panas. Cucuk dan nyamplung diperbuat daripada tembaga, kerana tembaga merupakan bahan yang baik untuk pengantara panas. Bahagian pemeggang dibuat daripada buluh ataupun kayu.


JENIS_JENIS CANTING
  • Cecekan. Ini adalah canting bercucuk tunggal (satu), berukuran kecil dan digunakan untuk membuat titik-titik kecil (Bahasa Jawa: cecek) atau garis-garis halus saat membatik.
  • Loron. Nama canting ini merupakan bentukan dari kata Loro, yang berarti dua dalam Bahasa Jawa. Canting bercucuk ganda yang berjajar atas dan bawah, dimaksudkan agar dapat mengeluarkan malam secara bersamaan, agar pembatik bisa membuat garis rangkap yang sama jaraknya.
  • Telon. Telon dari kata telu yang berarti tiga. ini bercucuk tiga dengan susunan membentuk segi tiga. telon digunakan pada saat mengisi motif batik, dan selalu meninggalkan ciri khas berupa tiga buat titik yang membentuk segitiga simetris.
  • Papatan. Seperti namanya, yang berasal dari kata papat yang berarti empat, maka canting ini bercucuk empat, digunakan untuk membuat empat buah titik yang membentuk bujursangkar sebagai pengisi bidang.Gambar Jenis-jenis Canting Untuk Membuat Batik
  • Liman. bercucuk lima yang berfungsi untuk membuat bujur sangkar kecil yang dibentuk oleh empat buah cucuk dan sebuah titik di tengahnya.
  • Byok. ini bercucuk tujuh, dan berfungsi untuk membentuk lingkaran kecil yang terdiri atas kumpulan titik. Istilah canting byok juga digunakan untuk menyebut canting bercucuk ganjil. (1, 3, atau 5)
  • Renteng atau galaran. ini selalu bercucuk genap, dan biasanya paling banyak enam cucuk, tersusun dari bawah ke atas. renteng dipakai saat membentuk beberapa garis sekaligus, agar jarak garis yang satu ke garis lain, sama.

    







LAKARAN CANTING








No comments:

Post a Comment