Saturday 20 December 2014

PENGENALAN TEMA (PENDIDIKAN)

DEFINISI PENDIDIKAN
Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran. Maka bolehlah dikatakan disini bahawa pendidikan adalah pengajaran dan ianya termasuklah semua perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau mengajar. Ini juga bermakna pendidikan boleh melibatkan perkara yang baik mahupun yang tidak baik. Apa-apa sahaja perkara yang boleh diajar adalah termasuk sebagai pendidikan. Maka, semua orang harus benar-benar memahami erti sebenar pendidikan ini. Ia bukan hanya satu perkataan yang dibina daripada sepuluh huruf tetapi hakikatnya ia membawa makna yang lebih mendalam dan merupakan suatu perkara yang dapat memberi impak yang amat besar kepada seseorang individu, kumpulan, masyarakat, bangsa, negara malahan seluruh dunia. Tidak kiralah sama ada impak tersebut positif mahupun negatif sekiranya ia disalahgunakan.

Secara amnya, pendidikan hakikatnya telah bermula semenjak sebelum kita dilahirkan lagi. Pernahkah anda melihat atau anda sendiri melakukan; menyapu atau menggosok perut ibu yang sedang mengandung, pada waktu yang sama menyanyikan lagu-lagu yang baik mahupun berzikir bagi yang beragama Islam, serta ada juga yang bercakap-cakap memberikan nasihat dengan harapan bayi yang didalam kandungan mendengarnya lalu apabila lahirnya mereka itu nanti, akan mereka menjadilah manusia yang baik, berguna dan berjaya. Maka inilah salah satu bentuk pendidikan terawal dalam hidup seseorang. Selain daripada itu, di Malaysia khususnya, sektor pendidikan terdapat beberapa tahap atau peringkat, yang ianya adalah wajib untuk diikuti dan dialami
oleh semua rakyat Malaysia. Dan di setiap peringkat pendidikan yang wujud di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pendidikan yang berbeza. Namun, kita masih belum mampu untuk mewujudkan pendidikan percuma untuk semua atas banyak faktor yang tidak mahu dibincangkan di sini. Apa yang pasti, saya sebagai pelajar amat merasakan betapa kita sekarang tidak menghargai pendidikan. Saya menggunakan ‘kita’ di sini kerana ingin berkata secara am.
Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia. Sebagai manusia, kita dilahirkan tanpa apa-apa pun. Tiada satu kebiasaan pun pada kita. Maka semakin seseorang itu membesar, disitulah letaknya tanggungjawab semua yang disekeliling untuk mencorakkan peribadi dan mewujudkan kebiasaan pada diri seseorang itu. Kerana itulah, orang Jawa suka makan pedas, ada yang tidak. Kerana telah menjadi kebiasaan mereka untuk begitu sejak kecil lagi.


ARCA MINIATURE

Miniature art or model art is a genre that focuses on art (especially painting, engraving and sculpture) in much-smaller-than-usual sizes. Miniature art societies, such as the World Federation of Miniaturists (WFM), provide applicable definitions of the term.[1] An often-used definition is that a piece of miniature art is capable of being held in the palm of the hand, or that it covers less than 100 cm².

Arca miniature ini merupakan arca berbentuk mini atau kecil. 













No comments:

Post a Comment