HAL BENDA
Rumah ini saya pilih kerana keunikkan dari segi seni bina dan konsep yang terdapat pada stuktur binaannya. Saya tidak dapat mengenal pasti nama sebenar rumah ini, kerana penduduk di sekitarnya juga turut tidak mengetahuinya. Ini kerana penduduk yang duduk berdekatan dengan rumah lama ini silih berganti.
Maklumat yang saya perolehi dengan bertanya penduduk sekitar Tanjung Malim yang mengetahui berkenaan rumah ini adalah, Rumah ini telah ada sejak tahun 1950-an. Kemungkinan besar, rumah ini dibina berdasarkan kepada seni bina tokong. Ini jelas dapat dilihat di bahagian bumbung rumah tersebut yang paling atas. Mempunyai bucu-bucu yang serupa dengan stuktur yang terdapat di bucu-bucu bumbung tokong yang ada di seluruh Malaysia.
Selain itu juga, konsep lain yang terdapat pada rumah lama ini adalah seperti gabungan rumah panjang. Kerana dapat kita lihat ciri-ciri struktur dan bentuknya pada tingkat dua rumah lama itu.
Rumah ini mempunyai tiga tingkat. Tingkat pertama dapur yang diperbuat daripada bahan konkrit dan dilitupi sebahagiannya dengan zink. Selain itu mempunyai banyak tiang. Di tingkat dua dan tiga pula keseluruhan bahan yang digunakan adalah kayu. Kayu yang digunakan tidak dapat dikenal pasti.
No comments:
Post a Comment