Sunday, 26 October 2014

BAHAN DAN PERALATAN

Papan

Silicon rubber 

Tukul besi

Kayu untuk dibuat mother mould

Gergaji yang diasah seperti mata pisau hujungnya

Pisau (cutter)

Thinner oil

Tanah liat

Plaster of Paris

Friday, 24 October 2014

HASIL AKHIR ARCA TIMBULAN



Hasil akhir produk yang sudah siap diwarnakan

HASIL PRODUK DARIPADA MOULD


Hasil produk yang terhasil daripada acuan silicon rubber



 PROSES PENGHASILAN PRODUK



Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Gambar 8

Gambar 9


Gambar 10

Gambar 11

Gambar 12

Gambar 13

Gambar 15

Gambar 16

                                         
Gambar 17

Langkah 1 : Sukatan bagi air untuk membancuh plaster of paris, kita boleh sukat dengan menuangkan air ke dalam acuan silicon rubber. 

Langkah 2 : Tuangkan P.O.P ke dalam gayung yang berisi air ( yang dah disukat menggunakan acuan). Sukatan bagi P.O.P adalah sehingga menggunung ( kelihatan seperti iceberg) seperti di dalam gambar ke-6.

Langkah 3 : Kacau larutan P.O.P sehingga sebati. Jangan ada yang masih berketul-ketul okey. Selepas itu, untuk pastikan bahawa bancuhan kita telah sebati dan tepat sukatannya, kita boleh lihat apabila kita jatuhkan ke bawah, larutan P.O.P itu akan jatuh dengan halus dan lancar (tidak putus-putus atau tidak jatuh langsung). Boleh dilihat pada gambar yang ke-9.

Langkah 4 : Letakkan acuan (Mould) ke dalam mother mould (kayu yang berada disekeliling acuan tersebut, di bahagian bawahnya diletakkan pasir) ( gambar ke-10). Fungsi Mother mould adalah untuk mengelakkan produk kita nanti senget dan sebagainya.

Langkah 5 : Tuangkan bancuhan P.O.P kita tadi ke dalam acuan dengan perlahan-lahan. Ini supaya mengelakkan P.O.P kita berbuih dan menyebabkan produk kita nanti adanya bubble.

Langkah 6 : Biarkan bancuhan P.O.P kita mengeras dengan sendirinya dalam tempoh 3-4 jam sebelum dicabut daripada acuan.

PENGHASILAN MOULD



Langkah 1 : Bersihkan Arca timbulan daripada tanah liat dari sebarang habuk dan bendasir halus. 

Langkah 2 : Campurkan sedikit minyak tiner ke dalam silicon rubber untuk mencairkannya supaya mudah kita meletakkan di kawasan yang kecil dan sempit.
Seterusnya, sapukan silicon rubber yang telah dicampurkan dengan minyak tiner dengan rata di sekitar permukaan arca timbulan kita.

Langkah 3 : Letakkan silicon rubber sehigga menutupi bentuk arca timbulan kita.

Langkah 4 : Biarkan silicon rubber tersebut kering semalaman.

Langkah 5 : Buka acuan ( Mould) yang sudah kering dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan arca timbulan kita. Gambar di atas adalah acuan (Mould) yang telah siap.

PROSES MEMBUAT ARCA TIMBULAN MENGGUKAN TANAH LIAT

 Langkah 1 : membuat acuan bagi membentuk tanah liat. Ukurannya adalah 6 inci x 6 inci

Langkah 2 : Meletakkan sedikit tanah liat di setiap penjuru acuan tadi

Langkah 3 : Letakkan kesemua tanah liat ke dalam acuan dan ratakannya.


 Langkah 4 : Tekap lakaran yang dipilih menggunakan Tracing paper/Butter paper.
Selepas itu, lekatkan di atas tanah liat yang sudah siap dibentuk menjadi segi empat sama dan mula membuat lakaran di atas permukaan tanah liat.


Langkah 5 : Hasil tekapan lakaran daripada tracing paper. Seterusnya, proses luakan terhadap permukaan yang tidak diingini.






Langkah 6 : Hasil akhir arca luakan daripada tanah liat.

LAKARAN HAL BENDA YANG DIPILIH

Lakaran yang dipilih


Perkembangan idea